Sunday, 9 July 2017

Suka Duka Membuat Pinjaman Bank Untuk Rumahwip

Alhamdulillah syukur semua urusan dipermudahkan dibulan puasa yang penuh berkat ini.. seperti yang saya janjikan sebelum ini dalam tulisan di blog sebelum ni.. 


Bagi yang belum baca lagi boleh klik link diatas tu..

Setiap apa yang kita hajati sebenarnya tidak semudah yang kita fikirkan untuk mendapatkannya.. samalah seperti nak mohon pinjaman rumah ni..

Seperti yang terjadi kepada kami.. saya dah over confident andai saya apply loan kali ini untuk projek Rumahwip ni insyallah boleh lulus..

credit by google


Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.. bayangkan bayaran booking RM5000 telah dibayar kepada pemaju.. undian juga telah dibuat dan unit telah dipilih.. andai loan tidak berjaya diperolehi dari tarikh yang ditetapkan bayaran penalti akan dikenakan dan unit yang kita dapat tu akan ditawarkan kepada pihak lain.

Bermula kisahnya apabila pihak wakil agen yang kami lantik selesai membuat undian bagi pihak kami pada tarikh 6hb Mac 2017 dan bermula dari tarikh tersebut kami diminta untuk sign SNP dalam tempoh 21 hari.

Boleh sahaja kami sign SNP dahulu baru uruskan urusan pinjaman.. tapi kami takut-takut anda SNP telah ditandatangani dan pembiayaan tidak berjaya kami akan dikenakan penalti sebanyak RM1.5k.. jadinya untuk secure kami cuba dapatkan kelulusan pembiayaan terlebih dahulu baru kami membuat tandatangan SNP.

Pihak pemaju telah menyenarai hampir 10 buah bank panel kepada pemaju untuk kami cuba dapatkan pembiayaan dari mereka.. antaranya BSN, RHB, MAYBANK, CIMB, UOB, Public Bank, Bank Islam dan Hong Leong Bank. Nak di katakan hampir semua bank panel kami apply untuk dapatkan pembiayaan.. Tapi malangnya bila hampir tarikh 21 hari tersebut satu bank panel pun tidak berjaya memberikan kami pembiayaan.

Antara alasan yang diberikan adalah komitmen yang tinggi dan quota bank telah penuh.. jadinya kami maklumkan kepada pemaju bahawa kami belum dapat lagi pembiayaan dan mohon untuk lanjutan penangguhan tandatangan SNP.. Alhamdulillah pihak pemaju beri respone yang bagus dan berikan kami tempoh lanjutan tambahan 30 hari atau sebulan lagi.

Kali ini kami cuba gunakan khidmat agen bank yang biasa uruskan pinjaman Rumahwip ni.. khidmat agen ni tiada bayaran cumanya andai lulus pinjaman mereka cadangan untuk kami ambil perlindungan takaful MLTT untuk rumah tersebut dan tidak mengambil perlindungan takaful MRTT dari pihak bank.(MLTT ni Takaful kalau MRTA ni konvensional).

Dalam pada masa sama kami pun cuba juga cari bank lain untuk pembiayaan tu.. kami cuba buat resubmit semula dokumen kepada pihak Bank CIMB Cawangan TTDI.. untuk pihak agen pulak dia orang resubmit semula dokumen kepada pihak Maybank..

Untuk pengetahuan anda semua banker pertama yang uruskan loan dicawangan CIMB TTDI tidak proses langsung dokumen yang saya emailkan kepada beliau... sangat kecewa dengan cara kerja beliau.. hampir setiap minggu saya buat follow up tanya status pinjaman sudah lulus atau tidak.. tapi jawapannya masih tunggu kelulusan dari pihak atasan.. selepas sebulan berlalu saya follow up semula tapi terus senyap seribu bahasa. sampailah saya di dihubungi oleh banker lain di CIMB TTDI untuk bantu proses loan saya.

Masa kami pergi jumpa sendiri dengan Banker CIMB tu kami tanya.. secara kasarnya kami ni layak ke untuk dapat pembiayaan rumah harga RM188k ni.. banker tu kata secara kasarnya macam takda masalah.. dan pihak beliau cuba untuk bantu dan bagi result dalam tempoh seminggu.. legalah sikit dengarkan..

Jawapan sama kami ajukan kepada agen.. agen kata kami punya komitmen takda masalah boleh lulus.. jadinya kami peliklah kenapa masa kami hantar sebelum ni kebanyakkan semua bank tak luluskan pinjaman kami..

Jadinya kami buat satu rumusan bahawa andai nak apply apa-apa pembiayaan ni kena jumpa face to face dengan banker yang akan uruskan loan ni.. terangkan satu persatu apa komitmen kita jangan sembunyikan hutang-hutang yang ada sebab banker akan tahu.. terutama kalau ada buat pembiayaan ASB.. sebab pinjaman asb ada setengah bank kira komitment ada setengah bank kira sebagai pendapatan jika pinjaman telah lebih setahun ada dividen dan bonus.. lampirkan sahaja penayata dividen yang PNB pos kerumah kita tu.

Alhamdulillah seperti yang banker CIMB tu janjikan keputusan telah diperolehi yang mana loan kami lulus 90%.. alhamdulillah step ke-2 dah selesai.. tapi kami tak terburu-buru lagi pergi sign SNP sebab kami masih menunggu jawapan kelulusan dari pihak agen yang applykan di Maybank.. sebab andai kata Maybank tak lulus kami akan ambil CIMB..

Tempoh yang diberikan oleh pihak CIMB untuk sign Offer Latter adalah 7 hari.. so kami pun pushlah agen yang uruskan dekat maybank tu.. lagi 3 hari nak habis tempoh CIMB.. agen kata Maybank punya loan pun lulus... jadinya yang mana kami kena pilih DARA atau JANDA.. gurau sahaja..

Bila 2 bank bagi kelulusan kami akan pilih bank yang tawarkan kadar keuntungan atau faedah yang rendah.. untuk CIMB dia tawarkan 90% + MRTT dengan faedah 4.55 manakala MAYBANK tawarkan 90% + MRTT + Legal fees dengan faedah 4.50.

Jadinya kami ambil keputusan untuk sign Offer Latter dari Maybank... antara faktor pemilihan Maybank adalah kadar faedah lebih rendah 0.05.. walaupun nampak kecil tapi untuk tempoh pinjaman 35 tahun banyak juga nilai yang perlu dibayar.. keduanya kami tidak perlu lagi keluarkan duit poket sendiri untuk bayar yuran guaman untuk perjanjian pinjaman sekitar 4-5k termasuk duti stem sebab telah dimasukkan sekali didalam loan.

Bagi pihak CIMB kami makluman kepada beliau yang kami terpaksa tolak dan pilih Maybank.. dan banker CIMB berlapang dada dengan kami walaupun pada awalnya CIMB yang luluskan pinjaman kami dulu.. apa pun terima kasih kepada banker CIMB.. andai kata anda nak buat pembiayaan rumah boleh contact banker CIMB cawangan TTDI ni .. mesra dan mudah berurusan..
017-2686695 (Woo Ting Hao)

Selepas pilihan bank dipilih kami aturkan temujanji untuk urusan tandatangan offer latter. 2hb Jun 2016 kami sign offer letter dengan Maybank..

Urusan seterusnya kami buat temujanji dengan pihak peguam untuk tandatangan SNP dan Perjanjian Pinjaman.. kami pergi jumpa peguam sekali sahaja sebab peguam pemaju adalah peguam yang sama untuk pinjaman bank.. memang kami kena pilih peguam pemaju dan sekiranya kami pilih peguam sendiri kos SNP lebih kurang RM3k-RM4k kami kena bayar sendiri.. andai guna peguam pemaju SNP pemaju bayar dan yang kami bayar hanya yuran guaman untuk perjanjian pinjaman sahaja.

9hb Jun 2017 seminggu selepas kami sign Offer Letter kami pergi dipejabat peguam (Tee Bee Kim & Partners) Petaling Jaya untuk urusan tandatangan semua dokumen perjanjian.

Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar pada masa tu tanpa sebarang masalah dan baki 10% deposit yang kami kena bayar bila sign SNP juga kami serahkan pada masa yang sama kepada peguam.

Urusan seterusnya hanya tunggu pihak pemaju untuk claim progress payment kepada pihak Maybank dan kami akan bayar faedah sahaja sehingga projek siap dan serah kunci.. insyallah doakan semoga rumah yang kami beli ni dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan pada awal tahun 2020.

Kita jumpa lagi tahun 2020 untuk cerita projek RUMAHWIP ni..

2 comments:

kak ina kl said...

alhamdulliah kamu berjaya, anak apply gak tapi tak ada jawapan sehingga sekarang

Anonymous said...

saya juga alami pengalaman yang sama projek yang sama. so far belum lagi ada lagi bank arah bayar progrees claim ( interest).