Thursday, 28 June 2012

Bukan Senang Nak Jual Rumah

Salam semua,

Lama tak update blog aku ni.. dah masuk setengah tahun baru  dapat update 2 entry.. bukan takda idea tapi topik yang berkaitan dengan blog ni takda yang nak diceritakan.. takkan aku nak cerita pasal kereta dalam nikan tak kenalah.. dan tajuk blog pun Rumah Idamanku, mestilah nak update pasal rumah je.

Credit image : google.com
Kembali kepada tajuk asal "Bukan Senang Nak Jual Rumah".. memang betul jual rumah ni bukan macam jual goreng pisang.. orang datang tengok pisang goreng tu terus beli.. Kalaulah rumah macam tu kan mudah kerja kita.

Macam rumah yang aku nak jualkan ni dah setahun aku pegang Sale & Purchase Agreement (S&P) pemilik rumah ni.. tapi still masih tak terjual lagi.. yang call & tanya tak kurang yang datang survey pun dah ramai.. tapi belum ada rezeki nak laku rumahnya.

Insyaallah hujung minggu ni seorang lagi pembeli nak datang tengok rumah ni setelah hampir 6 bulan rumah tu takda yang tanya.. Iklan dah lama aku buat dekat blog satu lagi tentang "Apartment Untuk Dijual".. mungkin pembeli ni tercari-cari rumah dah tu dia google dan nampak pulak iklan dalam blog aku tu yang dia call kata nak tengok rumah tu kalau belum jual lagi.

Mungkinkah kali ni ada rezeki aku dapat terjual rumah tu? sama-samalah kita berdoa ye.. aku cakap dengan wife aku, ada rezeki adalah..

Macam mana pulak korang ada pengalaman tak jual rumah atau jualkan rumah orang lain.. berapa lama korang ambil masa untuk jual rumah tu? 

10 comments:

akubiomed said...

Mungkin tengok lokasi dan load lepas atau tidak kot?

Myvitrd said...

betul juga tu bro..

Anonymous said...

sye boleh bantu jualkan rumah anda. sye ade list buyer.
luqman mazlan 013 613 2012

Maxloon Ban Leong said...

Kalau tak dapat jual, mungkin boleh sewakan dulu?

Cara Alami Mengobati Asam Urat said...

mudah2an di lancarkan aja segala bisnisnya jika mau di jual semoga untung....mudah2an komenku nyambung...lol

donnyien dot com said...

aku tertarik ngan design blog ni~ salam kenal

CikguEmas.Com said...

Dah dapat jual ke rumah ni? Ha...di sinilah kelebihan melabur emas fizikal berbanding pelaburan hartanah. Emas fizikal mudah dicairkan pada bila-bila masa. Tidak perlu agreement yang rumit mcm jual beli rumah...Jemput ke blog www.cikguemas.com untuk lebih ilmu :)

ana mahani said...

sy pernah alami mcmana nk jual rmh..x sampai brapa bln terus je laku..siap pembeli byr tunai lg..lg senang kerje..rezeki sy&suami kut..tp sy masuk dlm mudah .

Pokok Manggis Depan Rumah said...

saya tak ada pengalaman. Bagus buat bissnes macam ni.

Pemikir said...

Blog perkongsian yang menarik. singgah n follow blog ini.