Monday, 20 June 2011

Pindah Barang Dari Rumah Sewa Ke Rumah Baru

Salam semua,

Tengok memang macam senang, tapi bila dah buat baru tahu langit tu tinggi atau rendah.. macam tulah yang terjadi pada aku pada 14/6/2011 lepas.. kesannya sampai sekarang badan sakit-sakit n lenguh2 lagi.. nasib baik ada isteri tercinta tolong urut-urutkan kurang sikit..hehehe

Korang layan gambar jelah ye sekitar kerja-kerja pemindahan barang-barang tu dari tingkat 3 ke tingkat 4 (no lif).

Pekerja tambahan diimport dari Penang.. adik cik malarang

Muat ke satu lori ni.. belum masuk katil dengan almari lagi

cik malarang meninjau kawasan apa yang tak siap packing lagi

mamat yang rajin menyapu sebelum nak angkat sekali karpet merah pemberian ibu mertua

Karpet dah clear.. barang2 pon dah clear

kawasan dapur yang dah kosong.. kasi sapu licin semua barang2


Bilik tidur tetamu yg tinggal tilam bujang je..

Bilik kenangan bersama cik malarang selama lebih setahun.. banyak memori terindah dalam ni.. hehehe


Lori sewa yang berkhidmat untuk aku.. sebenarnya lori ni adalah milik adik kepada supervisor aku

2 orang supervisor aku membantu dalam kerja-kerja punggah barang ni

nak tolong angkat aku dah tak larat so minta dia orang jelah ni.

bro yusuf yang memang power..

pasal apa aku punya mesin basuh tertinggal dekat sini?

yang ni set bilik tidor aku.. terpaksa letak dekat sini dulu

ada pulak kerusi tertinggal dekat tangga juga

pandangan dari tingkat 4, meninjau kalau2 ada orang nak rembat mesin basuh aku.. hehehe

dah longgok macam kedai bundel je.. penuh dapur ni

sambil angkat barang sempat lagi adik ipar ni main SMS.. orang tengah bercinta katanya.. hehehe

longgokkan barang-barang dirumah baru..

cik malarang dah pening kepala masa ni.. tak tahu nak susun yang mana dulu.. hehehe

Macam biasa penutup gambar wajib ni mesti ada..hehehe
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam urusan pemindahan barang umah aku tu kerumah baru.. hanya tuhan yang dapat balas jasa baik korang semua.

4 comments:

Zyash said...

Cantik rumah baru...hehe...punggah jangan tak punggah...

Myvitrd said...

@Zyash : tq.. rumah kecik je..

Mika said...

xde makan2 ke kat umah baru? haha

Myvitrd said...

@Mika : niat dihati memang nak buat..tunggu semua selesai baru baut kot.. insyaallah