Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Tuesday, 25 October 2016

Tangki Air Bocor


Tengahari tadi dapat panggilan dari salah sorang staff pejabat pengurusan.. mengatakan ada jiran yang buat complaint pasal ada air mengalir dilongkang rumah tanpa henti..

Jadinya pihak pengurusan bangunan pergilah check dekat atas bumbung.. rupanya salah satu tangki simpanan air telah overflow ekoran kebocoran paip GI yang dah berkarat.. dan kebetulan tangki tu adalah milik unit kami..

Gambar kebocoran seperti dalam gambar dekat bawah ni.. 


air memancut keluar dari paip GI yang berkarat tu..


Untuk sementara waktu pihak pengurusan terpaksalah tutup switch paip yang salurkan air keatas tangki tu... dan menurut pengurusan masalah tu perlu pembaikan segera untuk mengelakkan bil air kami tinggi bulan ni..

Nak tak nak kena repair juga.. anggaran kos repair dalam RM80.. dan disebabkan aku pun dah lama rancang nak cuci tangki tu.. jadinya.. dah alang-alang pihak pengurusan sanggup untuk upahkan orang untuk cuci.. aku setuju bayar upah dia orang cuci sekali dengan bayaran RM100

Lepas ni kita tunggu hasilnya.. sebab seperti yang dipersetujui.. pihak pengurusan akan repair dulu dah siap baru buat payment..


Tuesday, 12 July 2016

Layu Di Hujung Mekar


Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua pembaca blog ini..



Inilah hasil tinggalan selama seminggu pulang berhari raya di kampung.. sebelum pulang kekampung dah siram cukup-cukup.. tetapi bekalan air untuk 7 hari tidak cukup untuk pokok cili ni.. penyudahnya layu dihujung mekar.. huhu

Sampai rumah terus siram dulu pokok tu.. mana tahu ada harapan lagi.. kita tengok hasilnya seminggu lagi.. tinggal ranting atau berdaun baru..

Tuesday, 22 March 2016

Tuesday, 3 March 2015

Projek Deco Rumah 2015


Pejam celik je dah masuk bulan Mac di tahun 2015 ni.. dua bulan sudah masa berlalu.. rumah yang kami duduk ni pun dah menghampiri usia 4 tahun.. kalau di lihat dari masa mula2 masuk rumah ni sampai sekarang tak banyak perubahan yang kami buat.. jadinya nak tambah keceriaan dan semangat duduk dekat rumah ni.. kenalah buat sedikit deco secara kecil kecilan..


Sebenarnya projek deco dah bermula dari hujung bulan januari lagi tapi baru ada kesempatan nak share dengan pembaca blog ni.. kebetulan pada hujung januari sehingga pertengahan februari cik isteri berkursus dan balik ke kampung bersama si comel kami tu.. jadinya senanglah sikit nak deco rumah kalau tak mau berperang kami satu rumah.. hehehe

Sebelum nak buat deco ni kena sediakan tools dulu.. dan kerana tak nak asik pinjam tools orang lain terus beli set tools sendiri termasuk drill untuk dinding..



Tool box baru yang dibeli di tesco sebelum ni semua tools simpan dalam almari je..


Akhirnya cik isteri hadiahkan set drill dari jenama BOSCH dengan harga RM219 di Jalan Pasar




Kalau dah ada drill ni macam-macam kerja boleh buat..

Tunggu entri seterusnya apa deco pertama yang kami buat.. :-)